Monday 24 September 2012

Jenis -Jenis Hazard

JENIS-JENIS HAZARD
Hazard terdiri daripada beberapa jenis iaitu :
  • Hazard Fizikal
  • Hazard Kimia
  • Hazard Biologikal
  • Hazard Ergonomik 
Hazard Fizikal
  1. Berpunca dari mesin dan peralatan yang digunakan. Sesuatu mesin dan peralatan dianggap merbahaya jika : 
  • Direka tidak selamat dan tidak sempurna
  • Tidak diselenggara dengan baik
  • Digunakan oleh pekerja yang tidak terlatih
  • Digunakan bukan untuk kerja sebenar atau menggunakan peralatan yang tidak sesuai
  • Digunakan dalam keadaan yang berbeza
  • Ditukar atau dipindah secara haram
  • Pekerja tidak bersedia atau tidak menumpukan perhatian semasa bekerja
Hazard Kimia
  • Ialah kecederaan akibat sentuhan dan terhidu bahan kimia.
  • Contohnya bahan-bahan kimia seperti asid, alkali, gas, pelarut, simen, getah sintetik, gentian kaca dan pelekat. Bahan-bahan kimia tersebut merbahaya dan perlu diambil langkah - langkah keselamatan apabila mengendalinya.
Hazard Biologikal
  • Ialah pekerja yang terlibat dengan analisis spesimen biologi yang biasanya akan terdeah kepada jangkitan penyakit
  • Tahap bahaya adalah berbeza mengikut :
  1. Sifat semula-jadi dan kepekatan agen penyakit
  2. Laluan masuk agen penyakit ke dalam badan
  3. Ketahanan pekerja yang terdedah
Hazard Ergonomik
  • Ia berkaitan dengan ketidaksesuaian manusia dengan sekitaran kerjanya.
  • Ia selalu dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan rekabentuk kejuruteraan dan proses kerja memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi manusia.
  • Contohnya pekerjaan menaip dalam keadaan yang baik tidak ergonomik tetapi telah dibuktikan mampu mengakibatkan 'Tunnel Carpel Syndrome' dan sakit belakang   

Apa itu Hazard, Risiko dan Bahaya


HAZARD
  • Hazard adalah apa sahaja secara sendirian atau bersalingtindak antara satu sama lain yang mampu mengakibatkan kemudaratan.
  • Hazard juga boleh ditaktifkan sebagai punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan sekitaran tempat kerja atau gabungannya.
 CONTOH - CONTOH HAZARD
  • Bahan Kimia
  • Sinaran
  • Elektrik
  • Biohazard
  • Sistem kerja tidak selamat  


RISIKO
  • Ialah kemungkinan dan akibat sesuatu peristiwa berhazard yang berlaku.
  • Ia juga boleh ditakrifkan sebagai gabungan - gabungan faktor - faktor kemungkinan berlakunya peristiwa malang, dedahan dan impak kemalangan tersebut. Kemungkinan di sini bermaksud cansa kemalangan itu berlaku.
BAHAYA

  • Ia lebih kepada dedahan relatif seseorang kepada hazard.
  • Contohnya seseorang yang sentiasa terdedah kepada hazard berada dalam keadaan lebih berbahaya berbanding dengan seseorang yang tidak terdedah kepada hazard.